Total Pageviews

Total Pageviews

Saturday 25 October 2014

Winner Announcement And Blog Promote!

Pemenang Segmen Follow Blog Me By kawaiilover
Jeng jeng jeng...
Lynn Maisarah!
diaridariheartvoice.blogspot.com
Jom follow blog Lynn! Tahniah for my new follower!! It's promote time!

Jom follow blog dia!!
Nama dia Lynn Maisarah. Sentiasa ceria,aktif menulis blog dan followers blog saya yang pertama! Seorang yang peramah dan tidak sombong. Jom follow blog dia. Link blog Lynn ialah: dariheartvoice.blogspot.com

Friday 24 October 2014

Segmen Follow Blog Me By Kawaiilover
Hey!! Miss kawaiilover mencari followers!! Sesiapa yang menjadi followers pertama akan menerima hadiah tidak berpos iaitu
Boom wall
Signame
Promote blog (serahkan link)
Edit picture and cartoon Gadis Bintang

So,let's join!! Tamat pukul 12:30 tengah hari esok!

Tuesday 21 October 2014

Saya Cantik Kan?
   Raisya mengeluh perlahan. Seminggu dia berada di sekolah berasrama itu,dia masih belum memiliki walau seorang kawan. Sudahlah dirinya menghidapi penyakit yang dialami penghuni  mana-mana sekolah berasrama iaitu homesick. Raisya rindukan segala tentang rumahnya. 

        Malam itu selepas prep,lampu dipadamkan namun Raisya masih tidak dapat tidur. Akhirnya dia mengambil lampu picit yang mini dan membaca nota-nota ringkas untuk memahami dan mengingati topik-topik. Tiba-tiba Raisya terasa mahu ke tandas namun keadaan sangat gelap. Raisya mengambil lampu picit mini untuk menyuluh ke tandas.
"Fi,teman aku sekejap. Fi,tolonglah!"rayu Raisya apabila dia terlihat kelibat Fifi,teman satu dorm dengannya yang agak rapat.

             Namun Fi hanya tergelak dan menjeling Raisya sebelum kelibatnya seakan-akan terus lenyap dan menghilang. Raisya masuk ke tandas. Dia keluar dan mahu membasuh tangan. Tiba-tiba seorang gadis keluar dari kubikel tandas dan bertanya kepadanya." Saya cantik kan?"tanya gadis itu lembut. "Cantik,kak."kata Raisya ikhlas. Adik,tolong kunci tandas itu,tadi akak tutup tak boleh."Raisya mengangguk. Dia membuka pintu dan alangkah terkejutnya dia apabila mayat Fifi berlumuran dengan darah dan mata yang dicungkil keluar serta wajahnya dijahit!! Raisya melarikan diri apabila kakak itu hilang dari pandangan.
                 "Adik mesti nak cantik kan?"gadis itu menarik tangan Raisya dan mengheretnya sebelum wajah Raisya dijahit seperti disimbah asid. Wajah gadis itu berubah menjadi pelik sama sepertinya."Tolong,jangan apa-apakan saya."itu jeritan Raisya buat kali terakhir sebelum dada Raisya direntap dan diflush di dalam tandas. Rambut Raisya ditarik dan disambung pada rambutnya dan mayatnya ditanam di bawah lantai tandas. Saban hari,kehilangan Raisya menjadi misteri yang tidak dapat dirungkai. Raisya? Masih bersama gadis-gadis yang mengaku gadis itu cantik. Kisah itu sudah banyak terjadi namun lokasi sebenar di asrama itu belum dipastikan. Gadis itu? Sentiasa menanti mangsa baharu..

Monday 20 October 2014

Assalamualaikum and hello Blinkers!!!

Hari ini saya merasmikan blog saya iaitu The Kawaii Girl!! Tepuklah sedikit,hehehe..^_^
Di dalam blog ini terdapat novel atau cerpen nukilan sendiri serta macam-macam lagi berkenaan kawaii.
I love to be Blinkers forever!! Sekiranya mahu tahu,blog saya dahulu ialah Sakura Lover. Namun,saya tidak begitu aktif di blog tersebut. Ini kerana saya agak sibuk membuat persediaan rapi menghadapi peperiksaan UPKK. Kali ini,jika ada masa saya akan update. Saya tidak boleh janji,sebab saya kadang-kadang sibuk dengan kokurikulum,aktiviti sekolah,kerja sekolah dan macam-macam lagi!! Hu..hu..hu..
For those that know Sakura Lover blog exists,visit my new blog!! Apapun,saya telah merancang mahu menulis novel comel yang tidak panjang berjela seperti novel tetapi masih ada sinopsis dan boleh pilih jika mahu letak prolog dan epilog. Saya agak sibuk mengulang kaji untuk exam sekolah UPTL pula,hehe..jadi masa untuk update adalah tidak menentu. Harapnya boleh terus active mengemaskini blog..This is me,kawaiilover!!^_^