Total Pageviews

Total Pageviews

Tuesday 21 October 2014

Saya Cantik Kan?
   Raisya mengeluh perlahan. Seminggu dia berada di sekolah berasrama itu,dia masih belum memiliki walau seorang kawan. Sudahlah dirinya menghidapi penyakit yang dialami penghuni  mana-mana sekolah berasrama iaitu homesick. Raisya rindukan segala tentang rumahnya. 

        Malam itu selepas prep,lampu dipadamkan namun Raisya masih tidak dapat tidur. Akhirnya dia mengambil lampu picit yang mini dan membaca nota-nota ringkas untuk memahami dan mengingati topik-topik. Tiba-tiba Raisya terasa mahu ke tandas namun keadaan sangat gelap. Raisya mengambil lampu picit mini untuk menyuluh ke tandas.
"Fi,teman aku sekejap. Fi,tolonglah!"rayu Raisya apabila dia terlihat kelibat Fifi,teman satu dorm dengannya yang agak rapat.

             Namun Fi hanya tergelak dan menjeling Raisya sebelum kelibatnya seakan-akan terus lenyap dan menghilang. Raisya masuk ke tandas. Dia keluar dan mahu membasuh tangan. Tiba-tiba seorang gadis keluar dari kubikel tandas dan bertanya kepadanya." Saya cantik kan?"tanya gadis itu lembut. "Cantik,kak."kata Raisya ikhlas. Adik,tolong kunci tandas itu,tadi akak tutup tak boleh."Raisya mengangguk. Dia membuka pintu dan alangkah terkejutnya dia apabila mayat Fifi berlumuran dengan darah dan mata yang dicungkil keluar serta wajahnya dijahit!! Raisya melarikan diri apabila kakak itu hilang dari pandangan.
                 "Adik mesti nak cantik kan?"gadis itu menarik tangan Raisya dan mengheretnya sebelum wajah Raisya dijahit seperti disimbah asid. Wajah gadis itu berubah menjadi pelik sama sepertinya."Tolong,jangan apa-apakan saya."itu jeritan Raisya buat kali terakhir sebelum dada Raisya direntap dan diflush di dalam tandas. Rambut Raisya ditarik dan disambung pada rambutnya dan mayatnya ditanam di bawah lantai tandas. Saban hari,kehilangan Raisya menjadi misteri yang tidak dapat dirungkai. Raisya? Masih bersama gadis-gadis yang mengaku gadis itu cantik. Kisah itu sudah banyak terjadi namun lokasi sebenar di asrama itu belum dipastikan. Gadis itu? Sentiasa menanti mangsa baharu..

No comments:

Post a Comment